Kolar satelit antara langkah tangani konflik manusia-gaja

DUN TERENGGANU: Kolar satelit antara langkah tangani konflik manusia-gajah

AZMAN Ibrahim menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelima Belas di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Pemasangan kolar satelit gajah antara langkah yang diambil kerajaan negeri menangani  konflik manusia-gajah terutama di kawasan pedalaman di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)  memantau pergerakan dan perilaku  gajah melalui kolar tersebut. 

Katanya, sehingga kini, terdapat dua kolar satelit yang telah dipasang dan satu yang masih aktif iaitu gajah di Ladang TDM, Cherul.

“Pemasangan kolar satelit ini juga adalah sistem amaran awal yang dapat mengesan kedudukan gajah bagi membuat perancangan awal untuk menentukan strategi dan kaedah menangani atau mengganggu kedatangan gajah di kawasan yang terlibat,” katanya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke015 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azmi Maarof (Pas- Langkap) yang mahu mengetahui  usaha jangka panjang dan pendek yang sedang atau akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani isu pertembungan gajah liar yang melibatkan tanaman penduduk.

Azman berkata, penanaman rumput napier turut  dijadikan sebagai ‘bank makanan’ di kawasan yang telah di balak dan terjejas serta di kawasan ladang.

“Ini adalah sebagai langkah jangka panjang untuk mengelakkan mitigasi gajah ke kawasan luar habitat asal dalam menangani konflik manusia-gajah.  Selain itu penubuhan pasukan Basong Rangers sebagai langkah pencegahan awal bagi konflik antara gajah dan manusiayangi mana pemantauan dan rondaan oleh komuniti setempat dilaksanakan di kawasan panas.

“Pemasangan lampu di kawasan-kawasan hotspot berhampiran kampung. Pemasangan lampu ini bagi mengurangkan gangguan gajah di kawasan kampung kerana gajah sensitif terhadap cahaya, “katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN