PRU16: Laluan sukar PN jika BN-PH bersama

PRU16: Laluan sukar PN jika BN-PH bersama

Perikatan Nasional (PN) tidak boleh lagi menganggap kawasan majoriti Melayu boleh memberi kelebihan undi kepada mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dijangka berhadapan dengan laluan sukar ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memilih untuk meneruskan kerjasama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pensyarah Kanan Sains Politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berkata, PN sememangnya mempunyai potensi untuk merampas negeri-negeri yang ditadbir parti-parti Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, matlamat itu tidak mudah kerana gabungan pembangkang tersebut berhadapan dengan cabaran yang besar sekiranya BN dan PH mahu meneruskan kerjasama mereka.

“Hasrat PN untuk menawan Pahang pada PRU-16 itu mungkin ada kebarangkalian untuk berjaya ada tetapi setting pada ketika ini iaitu kalau gabungan itu berhadapan dengan gabungan Kerajaan Perpaduan adalah sukar.

“Malah, sekiranya kita mengambil kira kekuatan BN sebagai penyandang kerajaan Pahang, kekuatan akar umbi mereka dan peletakkan calon yang tepat. BN bukan sekadar dapat mengekalkan kedudukan mereka tetapi turut merampas kerusi-kerusi PN,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, PN sudah merangka strategi untuk mempertahankan kerusinya daripada BN, malah berhasrat menawan Pahang pada PRU16 iaitu sekitar dua tahun lagi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, PN pada PRU15 berjaya menambah kerusi iaitu daripada lapan kepada 17 kerusi yang menyaksikan mereka kurang lima kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Mujibu berkata, keyakinan PN itu disebabkan penambahan pengundi baharu dan kecenderungan pengundi muda kepada mereka.

“Tetapi prestasi BN di Pahang dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agak baik. Ini kerana sehingga kini tidak ada isu-isu berat yang membebankan kerajaan melainkan isu di peringkat nasional.

“Jika PN mahu merampas Pahang, mereka tidak boleh bergantung kepada sentimen dan politik identiti sahaja. Perlu disaingi dengan barisan ‘bayangan’ yang dapat meyakinkan pengundi-pengundi di negeri tersebut.

“Pada ketika ini saya merasakan itu cabaran terbesar PN iaitu bukan sekadar di Pahang tetapi seluruh Malaysia, mereka masih gagal menampilkan barisan itu dan mencabar kredibiliti serta kemampuan Kerajaan Perpaduan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN