Gadis cari bapa terpisah 19 tahun

Gadis cari bapa terpisah 19 tahun

NUR Amylia Zulaikha Mohd Faiza menunjukkan dokumen kelahiran dan penceraian bapa dan ibunya di Kampung Pulau Serai, Dungun di Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang gadis di Kampung Pulau Serai, di sini, memohon bantuan orang ramai mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang berlangsung pada September ini.

Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza, 19, berkata, dia tidak pernah bertemu dengan bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, selepas ibu dan bapanya berpisah sejak dia berusia 40 hari.

“Saya dan ibu ditinggalkan ketika masih dalam berpantang, ketika itu saya baru sahaja berusia 40 hari,” katanya di sini,  hari ini.

Nur Amylia Zulaikha yang juga seorang pembantu kedai berkata, kali terakhir bapanya yang berasal dari Kampung Baru Pak Sabah, di sini, pulang ke rumah adalah pada 2008, sebelum bercerai pada Jun 2010.

“Ibu dan ayah saya berkahwin pada Disember 2002 dan ketika itu mereka tinggal di Jalan Ustaz Omar Shukri, berhampiran Kuala Dungun.

“Saya dah cuba mencari ayah termasuk menjejak beberapa lokasi termasuk di Serdang dan Kuala Lumpur, yang dikatakan pernah menjadi tempat ayah tinggal, namun sehingga kini belum menemuinya. Saya sangat berharap ayah dapat menjadi wali untuk perkahwinan saya nanti,” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Faiza boleh menghubungi Nur Amylia Zulaikha di talian 010-5960228. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×