Malaysia perlukan bakat muda berprinsip, cemerlang – PM

Malaysia perlukan bakat muda berprinsip, cemerlang – PM

ANWAR Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama warga Malaysia di Perancis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorakkan masa depan negara yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru anak muda Malaysia di luar negara agar menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan dan menjadi agen perubahan demi kemajuan negara.

“Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negara memerlukan generasi muda yang cemerlang, berprinsip dan bersedia memikul tanggungjawab besar,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama warga Malaysia di Perancis.

Menurut Anwar, sesi pertemuan tersebut turut membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan dan sumbangan rakyat Malaysia di Perancis dalam pembangunan negara.

Beliau turut berkongsi mengenai usaha Kerajaan Madani dalam melaksanakan pembaharuan menyeluruh termasuk pertumbuhan ekonomi inklusif, tadbir urus berintegriti dan keadilan sosial yang memartabatkan setiap lapisan rakyat.

“Jadilah agen perubahan yang akan menerajui kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang,” kata Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN