Reman suspek bunuh Maniishapriet disambung

Reman suspek bunuh Maniishapriet disambung

TIGA suspek bunuh penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya, 24 Jun lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang semalam bagi permohonan lanjutan reman terhadap mereka. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga suspek kes bunuh penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya, 24 Jun lalu, disambung reman tujuh hari lagi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Terdahulu, tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tiba di Kompleks Mahkamah Sepang, di sini pukul 8.40 pagi semalam dalam keadaan tangan bergari serta dikawal oleh anggota polis.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada 9.50 pagi.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula 27 Jun lalu dan berakhir semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ke­salahan membunuh.

Media sebelum ini melaporkan, empat individu termasuk suspek utama iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa berjaya ditahan polis dalam tempoh 48 jam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, tiga suspek termasuk suspek utama ditahan sehari selepas kejadian, manakala seorang lagi suspek ditahan dua hari kemudian.

Mangsa, Maniishapriet Kaur Akhara, 20, penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan, pada 10 pagi 24 Jun lalu.

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×