Kesedaran pengendali bas, lori dipertingkat

Kesedaran pengendali bas, lori dipertingkat

MOHAMAD Fakhri Manosr (dua kiri) menunjukkan tali pinggang keledar yang perlu dipakai penumpang bas selepas Perasmian Bas Darul Iman Express di Terminal Bas Kuala Terengganu. UTUSAN/ ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Timur  melaksanakan taklimat bagi memberi kesedaran berkait aspek keselamatan kepada pemain industri terdiri pengendali bas dan lori.

Ketua Wilayahnya, Mohamad Fakhri Mansor berkata, sehingga kini program itu melibatkan lebih 120 penyertaan daripada pengendali daripada 80 syarikat.

“Aspek keselamatan menjadi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pengendali bas kerana mereka membawa nyawa manusia. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui program kesedaran ini, APAD sentiasa mengingatkan pengendali untuk mematuhi aspek keselamatan termasuk soal pemakaian tali pinggang keledar,” katanya selepas Perasmian Bas Baharu Darul Iman Express di Terminal Bas Kuala Terengganu yang turut dihadiri  Pengarah Urusan Darul Iman Express, Laili Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Darul Iman Express, Hakimi Ismail.

Sementara itu, Laili berkata, semua bas syarikatnya sudah mempunyai tali pinggang keledar dan pemandu sudah dilatih supaya membuat pengumuman sebelum berlepas kepada penumpang supaya memakainya.

“Pemandu juga diingatkan supaya melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum perjalanan bermula sekiranya berhenti di Hentian Rehat Dan Rawat ( R&R),” katanya. – UTUSAN

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN