Piala Mandiri ujian pertama Nafuzi

Piala Mandiri ujian pertama Nafuzi

NAFUZI ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain mengakui Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta, Indonesia yang bermula pada 15 Julai ini sebagai ujian pertamanya.

Nafuzi berkata, persiapan skuad negara berjalan lancar dengan semua 30 pemain telah melaporkan diri untuk kem latihan sebagai persiapan untuk membaca cabaran negara kejohanan berkenaan.

“Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan, dan saya melihat pemain teruja dan bersemangat serta positif. Semua pemain sudah melaporkan diri. Terima kasih kepada semua kelab yang memberi pelepasan.

“Kejohanan ini juga adalah ujian pertama saya dan dari segi pasukan ini mungkin akan dibawa bantu situasi para pemain untuk kelayakan Piala Asia nanti,” kata Nafuzi ketika ditemui pemberita, semalam.

Menurut Nafuzi, beliau percaya kerjasama sepasukan dalam skuad B-23 akan menghadirkan satu keputusan yang baik kepada pasukan dan kejayaan skuad senior ketika ini juga menjadi antara inspirasi pasukan.

“Saya akan menilai sama rata untuk semua pemain, mereka pemain yang tunjukkan persembahan dan kualiti terbaik, mungkin pemain itu lebih berpeluang untuk ada dalam pasukan, tidak kira dia pemain pengalaman ataupun pemain baru,” katanya.

Ditanya mengenai aksi persahabatan, Nafuzi berkata, perlawanan dengan kelab tempatan itu adalah medan menilai prestasi sebenar pemain sebelum berangkat dengan skuad utama ke Indonesia pada 13 Julai.

“Ini akan menjadi penilaian selepas liga berehat, kita akan nilai prestasi pemain sebelum berangkat. Saya rasa semua pemain mahu bermain dengan skuad kebangsaan dan ini lah masa untuk mereka mencipta nama,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran, Nafuzi tidak mahu meletakkan tekanan kepada pemain dan hanya mahu focus kepada aksi pertama menentang Filipina pada 15 Julai.

Selain Filipina, skuad negara yang diundi dalam Kumpulan A akan berdepan Brunei pada 18 Julai dan bertemu tuan rumah, Indonesia dalam aksi terakhir pada 21 Julai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN