Perjanjian MOM, pemaju ada faedah tunai

Perjanjian MOM, pemaju ada faedah tunai

MOHD. NASIR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan, perjanjian pertukaran tanah membabitkan pembinaan ibu pejabat baharu di Bukit Jalil mempunyai faedah tunai.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, pada dasarnya MOM boleh meminta syarikat pemaju membina bangunan baharu dengan harga yang lebih rendah daripada nilai dipersetujui dan bakinya disimpan dalam kantung badan induk tersebut.

“Wang tunai yang kita jual bangunan itu ada tetapi sudah digunakan semula untuk membina bangunan baharu. Kita tak ambil tunai sebab kita nak bina bangunan yang betul-betul canggih. Kita dapat tanah yang kerajaan sudi pajakan selama 30 tahun tapi kena bayar RM10 juta.

“Sama ada kita nak tunai itu terpulang kepada MOM. Kalau kita nak tunai RM20 juta kita beritahu pada pemaju kita nak bangunan bernilai RM 80 juta. Kalau nak lebih kita minta bangunan RM50 juta, baki kita simpan.

“Namun, MOM bukan organisasi buat keuntungan tapi NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang memperjuangkan sukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bekas Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi menzahirkan kebimbangannya terhadap pembinaan ibu pejabat baharu MOM yang tidak melibatkan sebarang faedah tunai meskipun penilaian hartanah Wisma MOM di Jalan Hang Jebat bernilai RM132 juta.

Dalam pada itu Mohd. Nasir berkata, MOM memperuntukkan semua perbelanjaan badan induk sukan itu bagi membina ibu pejabat baharu di Bukit Jalil berikutan mereka tidak mempunyai isu kewangan, malah segala kos operasi mencukupi.

Katanya, tempoh pajakan 30 tahun tidak seharusnya dijadikan isu memandangkan MOM boleh mengemukakan permohonan lanjutan daripada kerajaan.

“Kalau kerajaan tidak tukar kepada pegangan bebas, tempoh pajakan boleh dilanjutkan. Jadi, sebelum tamat tempoh pajakan kita mohonlah pada kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×