Trump ugut potong dana New York jika Zohran Mamdani 'tidak berkelakuan baik' - Utusan Malaysia

Trump ugut potong dana New York jika Zohran Mamdani ‘tidak berkelakuan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengugut untuk menamatkan penyaluran dana persekutuan kepada New York City (NYC) sekiranya calon Datuk Bandar pilihannya, Zohran Mamdani tidak berkelakuan baik jika memenangi pilihan raya akan datang.

Trump menyuarakan kebimbangan kemenangan Mamdani, seorang demokrat sosialis tidak dapat diterima sambil menuduh beliau sebagai komunis tulen dalam satu temubual bersama hos Fox News, Maria Bartiromo.

“Kalau dia menang, saya akan jadi presiden, dan dia perlu lakukan perkara yang betul, kalau tidak, mereka takkan dapat apa-apa dana. Dia mesti patuh, kalau tidak, tiada dana,” kata Trump.

Menurut pejabat bendahari New York tahun lalu, lebih AS$100 billion (RM418 billion) dana persekutuan disalurkan ke bandar itu melalui pelbagai program dan agensi.

Dalam reaksi balas melalui rancangan Meet the Press di NBC, Mamdani menafikan tuduhan bahawa beliau seorang komunis selain mula membiasakan diri dengan kenyataan Trump yang sering menyerangnya berdasarkan rupa paras, cara bercakap dan latar belakang.

“Presiden mahu mengalihkan perhatian daripada apa yang saya perjuangkan,” katanya.

Mamdani, yang merupakan anak imigran dan juga ahli politik progresif berkata, beliau terinspirasi oleh aktivis hak sivil Martin Luther King Jr., yang pernah berkata bahawa sama ada demokrasi atau demokrasi sosialis, yang penting mesti ada agihan kekayaan yang lebih adil untuk semua anak-anak Tuhan di negara ini.

Sebagai sebahagian daripada ikrar kempennya, Mamdani sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menaikkan cukai ke atas golongan terkaya di New York dan meringankan beban pemilik rumah yang terlebih cukai di kawasan luar bandar.

“Saya tidak fikir kita sepatutnya mempunyai bilionair kerana jumlah wang itu amat besar ketika rakyat sedang bergelut dengan ketidaksamarataan. Apa yang kita perlukan ialah lebih banyak keadilan di seluruh bandar, negeri dan negara ini,” katanya.

Namun, Mamdani menambah bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk bilionair demi mewujudkan sebuah bandar yang lebih adil untuk semua.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×