Kapal kontena BYD Xi’an setinggi 16 tingkat, mampu bawa 9,200 kereta

Kapal kontena BYD Xi’an setinggi 16 tingkat, mampu bawa 9,200 kereta

KAPAL kontena terbaharu BYD iaitu BYD Xi’an setinggi 16 tingkat dan mampu membawa 9,200 kenderaan dalam sekali pelayaran. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat gergasi automotif China, BYD melancarkan kapal kontena setinggi 16 tingkat yang mampu membawa sehingga 9,200 buah kenderaan dalam satu pelayaran, langkah strategik untuk menembusi pasaran Britain yang kini terjejas teruk dari segi pengeluaran kenderaan.

Kapal baharu yang dinamakan BYD Xi’an sempena nama bandar bersejarah di wilayah Shaanxi, China merupakan kapal kelima dalam armada mega BYD.

Dengan panjang 219 meter dan lebar 38 meter, kapal tersebut kini dalam pelayaran sulung menuju ke benua Eropah dengan membawa 7,000 unit kenderaan, termasuk model elektrik Dolphin dan Sealion.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelancaran kapal ini dilakukan ketika pengeluaran kereta di Britain mencatat paras terendah dalam tempoh 70 tahun, menurut Persatuan Pengeluar dan Pedagang Motor (SMMT), yang mendedahkan angka di bawah 50,000 unit bagi bulan Mei lalu.

Langkah agresif BYD itu juga merupakan sebahagian daripada strategi peluasan ke Eropah berikutan pelaksanaan tarif perdagangan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang menyebabkan harga kenderaan China di pasaran AS melonjak tinggi.

Tidak seperti Kesatuan Eropah (EU) yang mengenakan tarif import setinggi 35 peratus terhadap kenderaan China, Britain tidak mengenakan sebarang tarif, menjadikan negara itu sasaran utama BYD.

ADS:D

Namun, beberapa penganalisis memberi amaran negara itu kini sedang ‘dibanjiri’ dengan kenderaan buatan China yang berharga murah, berisiko menjejaskan daya saing kenderaan keluaran tempatan.

BYD setakat ini memiliki lima kapal pengangkut khas, iaitu BYD Explorer No. 1, BYD Hefei, BYD Changzhou, BYD Shenzhen, dan terbaharu, BYD Xi’an bagi memudahkan eksport kenderaan secara besar-besaran ke luar negara.

Meskipun baru memasuki pasaran Eropah pada tahun 2022, BYD mengatasi jualan Tesla di benua itu, dengan mencatat jualan sebanyak 7,231 unit pada April 2025, berbanding 7,165 unit oleh Tesla dalam tempoh yang sama.

Dari segi global, prestasi BYD terus melonjak apabila mencatat jualan 382,476 unit pada Mei lalu, peningkatan tahunan lebih 15 peratus selain turut menyasarkan untuk menjual 5.5 juta kenderaan secara global tahun ini, dengan 800,000 daripadanya dijangka dijual di luar China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN