Mara tutup pintu buat pelajar terlibat buli

Mara tutup pintu buat pelajar terlibat buli

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Majlis Amanah Rakyat kekal dengan keputusan tidak berkompromi dengan perlakuan buli di semua institusi pendidikannya termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,  kejadian buli terbaharu yang berlaku di sebuah MRSM di Terengganu amat mendukacitakan. 

Beliau percaya semua proses dan prosedur di peringkat MRSM telah dilaksanakan berkaitan kes tersebut termasuk arahan pembuangan pelajar terbabit dengan serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang perlakuan itu (buli) benar. Sebab itu saya mengarahkan Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah supaya tidak berkompromi dengan apa juga alasan, termasuk tidak puas hati dengan junior yang melakukan kesalahan.

“Mereka sudah siasat dan akan memberikan pilihan sama ada digantung atau lain-lain hukuman. Tetapi dalam hal ini saya sudah beritahu, prinsip kita tegas. You touch, you go,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, terdapat enam pelajar MRSM Besut didapati terlibat dalam kejadian tersebut selepas siasatan dilakukan oleh jawatankuasa berkenaan dan kini digantung buat sementara waktu.

“Memang lima ditahan reman oleh polis tetapi siasatan kita mendapati ada enam terlibat. Kita buat siasatan all out. Jadi siasatan di pihak MRSM sudah selesai dan kita serah kepada polis,” katanya.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang alasan untuk merasional atau menghalalkan perlakuan enam pelajar terbabit dan pintu MRSM sudah tertutup rapat buat mereka.

“Rayuan ke apa ke, jangan harap nak ketuk pintu saya. Sebab perlakuan buli yang menyebabkan kecederaan fizikal bagi saya amat serius,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini