Warga sekolah, komuniti perlu peka ancaman buli siber

Warga sekolah, komuniti perlu peka ancaman buli siber

HIRUDIN Mohot (kanan) beramah mesra dengan pelajar yang menyertai Kempen Kesedaran Keselamatan anjuran HPB di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kementerian Pendidikan (KPM) mahu warga sekolah dan seluruh komuniti termasuk ibu bapa supaya  lebih peka terhadap ancaman buli siber dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Hirudin Mohit berkata, kebimbangan itu berpandukan kepada trend semasa yang semakin berleluasa walaupun tiada peningkatan ketara dari segi statistik kes.

Katanya, persediaan untuk berdepan dengan dunia tanpa sempadan hari ini perlu digerakkan dengan segera.

“Pelbagai hantaran termasuk mesej berunsur negatif disebarkan melalui media sosial dibimbangi boleh menjejaskan emosi pelajar, malah mampu mempengaruhi tindakan mereka jika tidak dibendung dari awal.

“Justeru, peranan guru bimbingan dan kaunseling amat diperlukan bagi memastikan pelajar mempunyai daya emosi yang tinggi sekali gus tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif di alam maya,” katanya semasa ditemui pada program Kempen Kesedaran Keselamatan anjuran Hibiscus Petrolium Berhad (HPB) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×