PayNet, Alipay+, Weixin Pay pacu perbelanjanan pelancong China

PayNet, Alipay+, Weixin Pay pacu perbelanjanan pelancong China di Malaysia

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rangkaian pembayaran nasional, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) bekerjasama dengan platform pembayaran terkemuka Asia iaitu Alipay+ dan Weixin Pay (dikenali di Malaysia sebagai WeChat Pay) untuk memacu perbelanjaan pelancong dari China dan rantau Asia di seluruh Malaysia. 

Menurut kenyataannya, sempena musim cuti musim panas yang bakal tiba, Alipay+ dan Weixin Pay melancarkan kempen khas bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama. 

Katanya, kempen-kempen ini bertujuan meningkatkan perbelanjaan rentas sempadan melalui ekosistem DuitNow QR dan menjadikan kunjungan ke Malaysia lebih mudah dan berbaloi untuk para pelancong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelancong yang menggunakan AlipayCN, aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+ dan Weixin Pay boleh membuat bayaran dengan mudah di Malaysia hanya dengan mengimbas DuitNow QR tanpa memerlukan aplikasi tambahan. 

“Pelancong boleh menggunakan dompet digital tempatan mereka yang diterima di lebih 2.5 juta lokasi perniagaan di Malaysia. Dari restoran dan hotel ke kedai cenderamata dan pengendali pelancongan, tahap keserasian sistem ini menjadikan kunjungan mereka lebih lancar dan tanpa kerumitan,” katanya.

PayNet berkata, ia juga meningkatkan keterlihatan peniaga, serta membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memanfaatkan perbelanjaan pelancong. 

Ketua Pegawai Pemasaran PayNet, Gary Yeoh berkata, ini yang dimaksudkan dengan pelancongan pintar iaitu lancar untuk pelancong dan transformatif untuk PMKS negara.

“Dengan membolehkan pelancong menggunakan dompet digital tempatan mereka melalui DuitNow QR, kita membuka akses kepada lebih 2.5 juta perniagaan di Malaysia, yang kebanyakan berskala kecil dan milik keluarga, kepada kuasa beli global. 

“Ini adalah penyelesaian digital yang memberi impak ekonomi yang nyata,” ujarnya. 

PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay akan melancarkan tiga kempen khas yang memberi ganjaran perbelanjaan, meraikan pengalam tempatan dan memperluas impak ekonomi pelancong.

Bagi pengguna Alipay+, dua kempen yang dilancarkan adalah Cabutan Bertuah: Menangi Pengalaman Bola Sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) dari 26 Jun hingga 14 Julai dan Belanja dan Jimat: Makan, Main & Jimat (15 Jun hingga 30 September).

Sementara itu, Weixin Pay pula, kempen yang dilancarkan adalah Kumpul Lencana, Dapat Ganjaran dari 15 Julai hingga 31 September.

Alipay+ kini membolehkan 15 aplikasi pembayaran antarabangsa berfungsi di Malaysia, termasuk Alipay untuk pelancong dari China. 

Sepanjang musim kemuncak pelancongan Disember 2024, melalui DuitNow QR telah mencatat peningkatan hasil sebanyak enam kali ganda untuk peniaga Malaysia berbanding tahun sebelumnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini