Terapi dingin kembalikan keremajaan kulit

Terapi dingin kembalikan keremajaan kulit

Terapi dingin merangsang peredaran darah dan meningkatkan aliran oksigen ke tubuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Krioterapi semakin mendapat tempat dalam industri kecantikan, mahupun perubatan moden.

Ia bukan sahaja digemari oleh atlet profesional, malah turut menjadi pilihan bagi yang menginginkan pemulihan pantas dan mengembalikan keremajaan kulit.

Justeru, pengeluar peralatan estetik terkemuka peringkat global, BTL Aesthetics memperkenalkan TargetCool, sebagai pendekatan baharu kepada prosedur perubatan kecantikan itu tanpa invasif.

Pengarah Perubatan Klinik Clique Malaysia, Dr. Lim Ting Song berkata, rawatan krioterapi menyediakan kejutan haba pada suhu kriogenik yang sangat rendah, biasanya di bawah negatif 150 darjah Celsius.

Proses tersebut membantu merangsang peredaran darah dan sistem limfa sebanyak empat kali ganda atau lebih.

Pada masa sama mampu menyokong proses penyembuhan semula jadi melalui pelepasan toksin dan penyerapan semula tisu yang meradang.

“Salah satu kelebihan rawatan krioterapi, apabila suhu badan menurun secara mendadak, saluran darah akan mengembang bagi menstabilkan suhu sekali gus meningkatkan aliran oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh.

“Peningkatan peredaran darah akan memudahkan proses pemulihan otot dan keletihan serta mengurangkan keradangan,” katanya selepas majlis Pelancaran TargetCool Malaysia baru-baru ini.

Suhu sejuk yang dihasilkan dalam krioterapi juga melambatkan penghantaran isyarat sakit kepada pengguna, sekali gus memberikan kelegaan kesakitan tanpa memerlukan penggunaan ubat bius atau anesthesia.

Aplikasi gas karbon dioksida

Terapi tersebut disertakan bersama penggunaan gas karbon dioksida (CO2).

Kata Ting Song, CO2 dapat merangsang pelebaran saluran darah kecil, pada masa sama, meningkatkan aliran darah.

CO2 memainkan peranan agar lebih banyak oksigen dan nutrien ke kawasan yang dirawat disalurkan ke sel-sel kulit.

Gas itu juga memberikan penyembuhan semula jadi secara lembut tetapi berkesan, sesuai untuk semua bahagian jenis kulit pada tubuh badan, tanpa perlu bergantung pada ubat atau bahan kimia keras
peranti TargetCool

Pakar Kulit Korea Selatan, Dr. Hong Kyungkook berkata, dengan menggunakan teknologi penyejukan, TargetCool mampu memberi keselesaan kepada pengguna.

TargetCool membawa manfaat krioterapi terus kepada pesakit, tanpa memerlukan bilik khas dengan suhu sejuk terlampau beku.

“Dengan adanya kawalan suhu yang tepat pada TargetCool, ia membantu mengurangkan kesakitan dan sensitiviti kulit sehingga empat kali ganda.

“Peranti ini mempunyai jarum halus untuk mencetuskan luka mikro pada permukaan kulit, bagi membolehkan rawatan pada kulit dapat dilakukan secara berkesan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Klinikal Klinik RX Malaysia, Dr. Valynne Ng berkata, peranti itu direka khusus untuk mempertingkat pelbagai prosedur klinikal seperti peremajaan kulit, rawatan keguguran rambut dan pemulihan selepas rawatan estetik atau dermatologi.

Keistimewaan utama TargetCool terletak pada sistem kawalan suhu lanjutan yang membolehkan pengamal mengawal penyejukan dengan ketepatan tinggi, menjadikan setiap rawatan lebih berfokus dan berkesan.

Teknologi yang diyakini itu juga menyokong proses penyembuhan semula jadi dengan merangsang peredaran darah dan mengurangkan keradangan, sekali gus membolehkan pemulihan berlaku dengan lebih cepat dan lancar.

TargetCool memberikan hasil yang konsisten tanpa risiko besar atau masa pemulihan yang panjang.

RAWATAN SENDIRI
Selain digunakan di pusat perubatan atau kecantikan, TargetCool turut direka untuk kegunaan persendirian di rumah.

Dilengkapi dengan teknologi penyejukan canggih yang berasaskan sains, peranti ini memberikan rawatan yang selamat, berkesan dan tidak menyakitkan, menjadikannya sesuai untuk individu yang ingin menjaga kesihatan kulit atau menjalani rawatan pemulihan secara kendiri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×