Rasuah RM150,000: Seorang lagi ADUN Sabah ditahan SPRM

Rasuah RM150,000: Seorang lagi ADUN Sabah ditahan SPRM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali.

Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Satu sumber berkata, suspek yang juga merangkap Pembantu Menteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

“Siasatan juga mendapati suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini,” katanya di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan  jaminan sebanyak RM50,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin dan juga  akan didakwa dalam masa terdekat,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×