PRN Johor paling lewat April 2027 - Onn Hafiz

PRN Johor paling lewat April 2027 – Onn Hafiz

ONN Hafiz bersama barisan jawatankuasa UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Muafakat di Adda Height, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi masih berteka-teki sama ada akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun hadapan atau sebaliknya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, PRN Johor akan diadakan selewatnya pada April 2027, setelah penggal pentadbirannya berakhir.

Namun, beliau sudah mengingatkan pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi untuk bersiap sedia dari sekarang dan tidak perlu menunggu tarikh keramat itu diumumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nak tahu bila Pilihan Raya? Paling lewat ialah pada April 2027. Jadi, kita ada jangka masa dua tahun lagi. Buat masa ini, fokus kita adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Justeru, kita kena rapatkan saf dan berikan sokongan tak berbelah bahagi,” katanya, berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau 2025 di sini, hari ini.

Onn Hafiz yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh negeri yang diberikan secara berfasa bermula bulan depan, sebagai persediaan PDM menjelang PRN akan datang.

“Saya dah pakat dengan Ketua Bahagian, kita mahu, setiap pimpinan bahagian, wakil rakyat, ketua-ketua sayap untuk bergerak senada seirama dalam setiap PDM. Takkan tunggu pilihan raya baharu nak buat kerja. Parti UMNO parti yang membela rakyat. Kita tak tunggu pilihan raya baharu nak gerak. Gerak kerja pasukan itu sangat penting,” katanya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini