Projek terbengkalai lebih 20 tahun cetus keresahan penduduk

Projek terbengkalai lebih 20 tahun cetus keresahan penduduk

SALLEH Mohd. Nor menunjukkan keadaan projek perumahan terbengkalai yan terletak berhampiran Rumah Rakyat Lubuk China, Rembau, Negeri Sembilan-MINGGUAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Projek perumahan terbengkalai sejak lebih 20 tahun lalu berhampiran Rumah Rakyat Lubuk China di sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat apabila kawasan itu kini dipenuhi semak samun serta menjadi habitat haiwan berbisa.

Menurut penduduk terlibat, Salleh Mohd. Nor, 45, berkata, dia ‘sakit mata’ apabila terpaksa melihat deretan rumah terbengkalai yang dipenuhi pokok-pokok liar dari kediamannya terletak kurang 100 meter dari kawasan itu.

Lebih membimbangkan katanya, kawasan itu juga menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa dan ada kalanya terdapat babi hutan di kawasan sama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah lebih 20 tahun kawasan tersebut terbiar, saya dengar pembelinya juga sudah mendapat ganti rugi kerana projek berkenaan tidak diteruskan pembinaannya.

“Namun kawasan pembinaan ini sudah terbiar, sudah pun menjadi hutan. Bagi saya jika dibersihkan dan dibangunkan dengan projek perumahan baharu adalah lebih baik,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Azuan Zainal, 40, berkata, sewajarnya kawasan berkenaan dibersihkan kerana bimbang ia dijadikan kawasan tumpuan penagih dadah.

“Jika dibersihkan, penduduk akan lebih mudah untuk melihat individu keluar masuk dan lokasi itu juga tidak menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa. Kami jadi tertanya-tanya apa status tempat ni, sudah berpuluh tahun terbiar sahaja,” katanya.

Difahamkan, projek perumahan terbengkalai itu menawarkan 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah dan sepatutnya siap pada November 2005.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini