Jika anda penggemar pencuci mulut berasaskan santan dan agar-agar, resipi puding bandung santan ini wajib dicuba. Gabungan rasa lemak santan, manis susu cair, dan aroma sirap ros menjadikan hidangan ini sempurna untuk disajikan ketika minum petang bersama keluarga di hujung minggu.
Bahan-bahan:
-3 cawan air
-1 tin susu cair
-10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
-½ cawan gula (lebih kurang 100 gram)
-2 biji kuning telur
-1 kotak santan 200 gram (boleh juga guna santan pekat atau segar)
-Sedikit garam
-Sedikit esen vanila
-Seketul gula batu (supaya permukaan puding licin dan tahan lama)
-3-4 sudu makan sirap ros
Cara Penyediaan:
1. Pukul kuning telur bersama susu cair dan santan sehingga berbuih.
2. Tambahkan esen vanila ke dalam campuran tadi. Pukul sekejap sehingga sebati, kemudian ketepikan.
3. Dalam periuk, campurkan air, gula dan serbuk agar-agar. Gaul rata sebelum hidupkan api.
4. Tambah sirap ros dan kacau sehingga campuran mula mendidih di tepi periuk.
5. Masukkan campuran susu, telur dan santan tadi ke dalam periuk sambil dikacau perlahan.
6. Kacau selama beberapa minit sehinga mendidih untuk memastikan adunan sekata.
7. Setelah mendidih kali kedua, matikan api dan masukkan sedikit garam.
8. Dalam keadaan api tertutup, teruskan kacau adunan selama 5 minit.
9. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah ditapis terlebih dahulu.
10. Biarkan pada suhu bilik selama lebih kurang 40 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 5 jam.
11. Sedia untuk dihidangkan.










