Padah berlagak samseng tunjuk pistol tiruan - Utusan Malaysia

Padah berlagak samseng tunjuk pistol tiruan

Tangkap layar dari video yang menunjukkan suspek memegang pistol tiruan ketika memandu di persimpangan Jalan Keretapi di Kuching, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Lagak samseng seorang lelaki yang memegang pistol tiruan ketika memandu di  persimpangan Jalan Keretapi di sini membawa padah apabila ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 22 tahun dicekup di sebuah rumah petang semalam, sejurus selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi sembilan saat yang menunjukkan suspek memegang pistol tular di media sosial petang semalam.

“Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes ini dan semakan lanjut mendapati pistol yang dipegang adalah tiruan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menambah, suspek juga memiliki dua rekod jenayah lampau dan didapati positif dadah.

Justeru, Alexson berkata, reman ke atas suspek telah diperoleh selama tiga hari sehingga Isnin ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan kes ASP Tan Kian Kok di talian 010-5661576 atau menghubungi balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini