Wanita Mesolitik di Eropah berkulit cerah, bermata biru

Wanita Mesolitik di Eropah berkulit cerah, bermata biru

WANITA Margaux mempunyai kulit cerah dan bermata biru kelabu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Sekumpulan saintis dan artis membina semula wajah seorang wanita yang hidup 10,500 tahun lalu di Belgium, menampilkan paras yang realistik dengan kulit cerah dan mata biru kelabu.

Dikenali sebagai ‘Wanita Margaux’, rangka wanita Mesolitik ini ditemui pada 1988 di sebuah gua di Lembah Meuse, berhampiran bandar Dinant, Belgium sekaligus dianggap penemuan yang mencabar andaian umum tentang rupa manusia purba Eropah.

Selepas lebih tiga dekad, saintis mengekstrak DNA terpelihara dari tengkoraknya sekali gus mendedahkan lebih banyak maklumat tentang penampilannya.

Berdasarkan hasil analisis genetik, wanita ini dipercayai mempunyai warna kulit lebih cerah serta memiliki mata berwarna biru kelabu muda menyerupai ‘Cheddar Man’ dari Gua Gough, Somerset.

“Ini menunjukkan kepelbagaian pigmen kulit pada zaman itu lebih luas daripada yang kita sangka sebelum ini,” kata ketua genetik projek, Maïté Rivollat.

Rekonstruksi fizikal wanita purba ini dilakukan oleh dua beradik kembar dari Belanda, Adrie dan Alfons Kennis iaitu artis paleoantropologi terkenal yang turut bertanggungjawab dalam rekonstruksi manusia Neanderthal dan figura bersejarah seperti Ötzi the Iceman.

Patung itu diperbuat daripada resin dan silikon menggambarkan wanita Margaux dengan kepala bercukur, ikatan kulit beserta hiasan bulu di kepala serta corak pada bahu yang dilukis menggunakan oker dan arang.

Prof. Isabelle De Groote dari Universiti Ghent yang mengetuai projek ini berkata, wanita ini dipercayai berusia antara 35 hingga 60 tahun ketika meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×