Terkejut nampak polis, lelaki dikhuatiri lemas terjun sungai

Terkejut nampak polis, lelaki dikhuatiri lemas terjun sungai

ORANG ramai yang berada di lokasi kejadian seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Aring 2, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Gara-gara terkejut dengan kehadiran  polis, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas  bertindak terjun ke dalam Sungai Aring 2 di Felda Aring 2, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.21 malam itu, mangsa yang berusia 42 tahun dilaporkan melarikan diri sebelum terjun ke dalam sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.34 pagi ini sebelum i empat anggota bersama sebuah jentera dan bot  bergerak ke sungai itu.

“Polis memaklumkan mangsa melarikan diri dan terjun ke dalam Sungai Aring 2. Operasi mencari mangsa masih diteruskan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terkejut dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri dan terjun ke dalam sungai.

“Mangsa belum dapat dipastikan sama ada lemas atau sebaliknya sehingga jasadnya ditemukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×