PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dikurniakan kesihatan selepas menjalani prosedur rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.
Perdana Menteri berkata demikian menerusi hantaran di laman X.
“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj. Hadi, Insya-Allah,” katanya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, prosedur rawatan jantung Abdul Hadi berjalan tanpa sebarang komplikasi.
“Saya mewakili Pas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan pakar IJN atas usaha dan kepakaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. – UTUSAN










