Sistem PRIME tingkat siap siaga hadapi situasi bencana

Sistem PRIME tingkat siap siaga hadapi situasi bencana

FAHMI Fadzil merasmikan PRIME di Cyberjaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk berdepan dengan situasi bencana dan kecemasan di tempat awam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak yang direka khusus untuk menyokong operasi bantuan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pasukan penyelamat.

Menurutnya, PRIME mengga­bungkan pelbagai teknologi se­perti satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan dron, serta berkeupayaan menyediakan ke­tersambungan komunikasi yang boleh dipercayai dan fleksibel mengikut keperluan operasi di lokasi yang mencabar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan usaha pihak MCMC untuk membantu agensi termasuk NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) bagi memastikan di kawasan-kawasan operasi bencana, aspek komunikasi dapat terus kita uruskan dengan baik, bukan hanya untuk para petugas tetapi juga untuk mangsa atau pun mereka yang diselamatkan.

“Kita harap PRIME ini akan dapat membantu urusan penye­diaan saluran komunikasi terutama bagi pasukan-pasukan pe­tugas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran PRIME di sini semalam.

Dari segi teknikal, PRIME direka dengan keupayaan untuk menggabungkan sambungan sa­telit dan rangkaian selular bagi membolehkan capaian Internet berkelajuan tinggi disediakan secara lebih stabil dan efisien.

Bagi liputan Internet, ia boleh mencapai sejauh 150 meter di sekeliling kenderaan PRIME, de­ngan sokongan titik capai­an Wi-Fi yang berfungsi untuk memperluas jangkauan apabila perkhidmatan diperlukan, sela­in turut dilengkapi dengan sis­tem radio mudah alih yang memboleh­kan komunikasi di kawasan yang langsung tiada liputan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini