JIPS buat siasatan tatatertib anggota didakwa ajak wanita ‘check in’

JIPS buat siasatan tatatertib anggota didakwa ajak wanita ‘check in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota polis yang didakwa mengajak wanita berjumpa serta mendaftar masuk ke hotel seperti tular di media sosial.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, satu laporan polis berhubung video berkenaan sudah dibuat oleh Ketua Balai Polis Pandan Indah, semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JIPS Bukit Aman turut menjalankan satu siasatan tatatertib selari ke atas pegawai rendah polis terbabit termasuk daripada aspek penyeliaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai polis dan pegawai penyelia sekiranya menerima aduan berasas.

Terdahulu, media melaporkan wanita yang memuat naik video perbualan dengan anggota polis berbaur mengaibkan kesantunan wanita diminta tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dilaporkan berkata, polis mengesan satu hantaran video yang tular memaparkan perbualan seorang anggota polis dan seorang wanita bangsa tidak pasti berdurasi satu minit 30 saat di laman sosial yang berbaur mengaibkan kesantunan wanita terbabit pada 5 petang semalam.

Beliau dilaporkan berkata, video itu dimuat oleh seorang wanita di laman sosial TikTok dikenali sebagai shaamajinbuulalu tular ke laman sosial Instagram.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini