Kemalangan akan terus berlaku jika pemandu masih cuai

Kemalangan akan terus berlaku jika pemandu masih cuai, pentingkan diri

TAN SRI RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kemalangan jalan raya akan terus berlaku sekiranya sikap cuai, lalai, tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain dan mementingkan diri masih ada dalam diri setiap pemandu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan seperti tindakan penguatkuasaan dan kempen keselamatan namun segala-galanya adalah terletak pada sikap pemandu itu sendiri.

“Bagaimanapun usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya pemandu tidak bersama-sama mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya sikap cuai, lalai, tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain dan pentingkan diri masih ada dalam diri seseorang pemandu maka kejadian kemalangan jalan raya akan terus berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurutnya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sentiasa melaksanakan pemantauan dan kawalan di lokasi-lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan.

Jelasnya, ia dengan mengambil tindakan terhadap pemandu yang dikesan melakukan kesalahan lalu-lintas termasuk memberi peringatan dan saman serta mencadangkan untuk menyenarai hitam mereka yang dikesan melakukan kesalahan berat.

“Malah, kejadian kemalangan maut yang berlaku pada 13 Mei lalu sehingga meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) PDRM, serta kemalangan maut lain tidak dijadikan iktibar dan pengajaran oleh sebahagian pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab 

“Ini belum mengambil kira lagi faktor kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas yang tidak layak berada di atas jalan raya namun masih digunakan oleh pihak tertentu,” katanya. 

Ditanya sama ada hukuman jalan raya masih dianggap ringan hingga masih belum mendatangkan kesedaran ramai, Razarudin berkata, ia terletak pada bidang kuasa Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya percaya segala keputusan dan perancangan oleh jawatankuasa berkenaan adalah relevan dan sesuai digunapakai pada masa ini dengan mengambil kira segala faktor mengenai tahap keselamatan jalan raya di negara kita,” katanya.

Beliau menegaskan siasatan secara menyeluruh dan terperinci akan dilakukan pihak polis bagi mengenal pasti punca utama kejadian.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya benar ada unsur cuai dan lalai,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga dan waris kesemua mangsa kemalangan bas yang membawa penuntut-penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, yang berlaku awal pagi tadi

Seramai 15 penuntut UPSI meninggal dunia selepas bas yang dinaiki mereka terbabit nahasdi Jalan Raya Timur Barat, Gerik berhampiran Tasik Banding,  Gerik Perak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini