Barcelona putuskan hubungan institusi, persabahatan dengan Israel - Utusan Malaysia

Barcelona putuskan hubungan institusi, persabahatan dengan Israel

SEORANG bapa meratapi kematian anaknya akibat serangan udara tentera Israel di Gaza. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Majlis Bandaraya Barcelona mengundi untuk menamatkan hubungan institusi dan menggantung persabahatan dengan kerajaan Israel yang dituduh melanggar undang-undang antarabangsa susulan perang di Gaza.

Usul tersebut disokong oleh parti pemerintah Sosialis bersama gabungan parti berhaluan kiri jauh dan prokemerdekaan kiri, selain menyereu semua hubungan rasmi dengan Israel ditamatkan serta-merta sehingga negara haram itu menghormati undang-undang antarabangsa dan hak rakyat Palestin.

Barcelona turut menggantung perjanjian persahabatan yang ditandatangani pada 1998 dengan Tel Aviv.

Majlis bandaraya juga mendesak supaya penganjur pameran perdagangan, Fira de Barcelona untuk tidak menjadi tuan rumah kepada mana-mana pavilion kerajaan Israel atau syarikat terlibat dalam industri senjata dalam konflik di Gaza.

Datuk Bandar Barcelona, Jaume Collboni berkata, penderitaan dan kematian yang berlaku terhadap rakyat Palestin di gaza tidak boleh lagi dibiarkan.

“Sehubungan itu, sebarang hubungan dengan Israel kini tidak lagi relevan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×