Ketidaktentuan tarif Trump terus ‘kacau’ rundingan perdagangan global

Ketidaktentuan tarif Trump terus ‘kacau’ rundingan perdagangan global

DONALD Trump mendengar soalan daripada media di Pejabat Oval di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketidaktentuan status tarif Presiden Donald Trump terus memberi kesan terhadap rundingan perdagangan antarabangsa serta reaksi pasaran kewangan.

Ramai rakan dagang Amerika Syarikat (AS) memberikan reaksi berhati-hati dalam menghadapi kemungkinan perubahan dasar, susulan mahkamah perdagangan memutuskan Trump bertindak melebihi bidang kuasanya dalam mengenakan tarif dan mengarahkan sekatan serta-merta.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Persekutuan AS memutuskan untuk mengembalikan semula pelaksanaan tarif itu.

Kerajaan Britain berkata, keputusan itu merupakan hal dalaman pentadbiran AS dan menekankan ia hanya peringkat awal dalam proses perundangan.

Jerman dan Suruhanjaya Eropah pula enggan memberikan sebarang ulasan mengenai keputusan tersebut.

Pasaran kewangan yang sebelum ini menunjukkan turun naik mendadak susulan ketidaktentuan perang perdagangan, turut berhati-hati tetapi optimis terhadap keputusan mahkamah itu.

Namun, kenaikan saham pada Khamis agak terbatas disebabkan jangkaan keputusan tersebut akan melalui proses rayuan yang panjang.

Mahkamah Rayuan Persekutuan berkata, ia menggantung keputusan terdahulu bagi mempertimbangkan rayuan kerajaan.

Ia turut memerintahkan plaintif dalam kes itu memberikan maklum balas selewat-lewatnya 5 Jun, manakala pentadbiran Trump perlu menjawab selewat-lewatnya 9 Jun.

Pentadbiran Trump mendakwa keputusan mahkamah tidak menjejaskan rundingan dengan rakan dagang utama dalam masa terdekat.

“Rakan dagang AS datang kepada kami dengan niat baik dan berusaha menyelesaikan perjanjian sebelum tempoh jeda 90 hari tamat.

“Kami tidak melihat sebarang sepanjang 48 jam lalu, malah kami akan menerima delegasi dari Jepun,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent di Fox News.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×