LIVERPOOL: Seramai 27 individu cedera termasuk dua parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai yang sedang meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) di Water Street, kelmarin.
Insiden terjadi selepas bas yang membawa pasukan Liverpool melalui kawasan tersebut sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penyokong meskipun hujan lebat.
Empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak terperangkap di bawah kenderaan dan terpaksa dikeluarkan anggota bomba.
Polis Merseyside menolak kejadian itu sebagai serangan keganasan dan menyifatkannya sebagai insiden terpencil.
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengharapkan mangsa insiden segera sembuh.
Legenda pasukan The Reds, Kenny Daglish berkata, beliau terkejut dan sedih dengan kejadian tersebut.
“Kami sentiasa bersama mangsa yang terlibat sesuai dengan falsafah pasukan You’ll never walk alone,” katanya.
Kesedihan itu turut dikongsi bekas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang terkejut dan memberi sokongan kepada mangsa terlibat agar tabah dan segera sembuh.
Sementara itu, penolong Ketua Polis Merseyside, Jenny Sims berkata, beliau percaya insiden itu terpencil dan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Kereta itu membelok ke kiri, memasang turapan, datang ke arah kami dan berlari ke arah bangunan. Kami sempat melompat keluar dari jalan, tetapi ia semakin laju,” katanya.
Seorang lagi saksi, Harry Rashid, 48, berkata, situasi menjadi kecoh apabila kereta tersebut meluru secara tiba-tiba ke arah orang ramai.
Perarakan kemenangan Liverpool sepanjang 16 kilometer disertai ribuan penyokong bertukar tragedi, mengimbau kembali insiden hitam Hillsborough 1989 dan Heysel 1985. – AFP/UTUSAN










