'Masjid al-Aqsa hanya untuk umat Islam' - Utusan Malaysia

‘Masjid al-Aqsa hanya untuk umat Islam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Imam Masjid al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri mengkritik tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan penduduk haram yahudi yang menyerbu Masjid al-Aqsa semalam.

Menerusi kenyataan bertulis, Sheikh Ikrima berkata, ‘kekecewaan’ rakyat Palestin sudah melebihi semuanya, terutamanya apabila al-Aqsa terus dicemari dengan tindakan biadap Israel.

“Pendudukan haram Israel menyaksikan al-Aqsa terus dicemari dengan tindakan tidak sewajarnya. Umat Islam yang beribadah di masjid ini diserang tanpa tujuan.

“Al-Aqsa hanya milik umat Islam dan itu adalah muktamad,” katanya.

Beliau berkata, tiada rumah ibadah sepatunya dikenakan kawalan ketat dan tindakan kekerasan.

Katanya, tindakan penduduk haram Yahudi yang turut mengusir umat Islam di al-Aqsa juga amat memalukan.

“Mereka mendapat sokongan dan kebenaran pihak berkuasa Israel untuk lakukan apa sahaja terhadap rakyat Palestin, termasuk dilarang beribadat di al-Aqsa.

“Situasi itu amat berat sebelah, tapi siapa yang bersuara untuk kami? Tiada,” katanya.

Sheikh Ikrima berkata, pendekatan mendiamkan diri dan hanya melihat penindasan berlaku terhadap rakyat Palestin hanya akan menyebabkan al-Aqsa terus dicemari tindakan biadap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×