Apa nasib Rafizi dalam PKR?

Apa nasib Rafizi dalam PKR?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari ini nasib kesemua 251 ca­lon yang ber­tan­ding dalam Pemilihan PKR bagi penggal 2025-2028 bakal diketahui.

Dijangka seawal pukul 9 ma­lam barisan kepemimpinan baharu PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjawab termasuk untuk jawatan dua yang ditandingi Datuk Seri Rafizi Ramli yang dicabar Nurul Izzah Anwar.

Walaupun nampak sengit namun menuju hari terakhir hari ini, Nurul Izzah yang digelar Puteri Reformasi diramal mampu ‘menumbangkan’ Rafizi berdasarkan kenyataan-kenyataan sokongan yang diterimanya.

Pendekatan Nurul Izzah yang lebih lembut, inklusif dan tenang dilihat memikat hati akar umbi yang mahukan kestabilan serta wajah baharu PKR dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 yang lebih mencabar.

Ia berbanding pendekatan Ra­fizi yang nampak agresif sehingga membuka pekung parti yang mungkin menjadi faktor penolakan akar umbi terhadap Menteri Ekonomi itu.

Sekiranya Rafizi tewas, ia ­ju­ga menimbulkan persoalan ma­sa hadapan politik pemimpin itu malah juga masa depannya dalam pentadbiran kerajaan.

Mengulas mengenainya, bekas pemimpin PKR, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata, pemilihan PKR kali ini tidak akan memihak kepada Rafizi kerana dakwanya parti itu merupakan parti ‘yes man’.

Kata Tian Chua, Rafizi tidak boleh ‘makan hati’ sekiranya benar beliau tumpas di tangan Nurul Izzah kerana sikap ‘yes man’ dalam parti itu dipupuk oleh Ahli Parlimen itu sendiri sejak dahulu.

“Ya, saya ra­­sa Rafizi akan ka­lah kerana PKR dan kebanyakan parti lain ­sudah menjadi parti yang akan mengikut arus pemimpin tertinggi terutama­nya PKR.

“Sama ada mereka mendapat isyarat daripada Presiden (untuk menyokong Nurul Izzah) atau tidak, cara paling selamat adalah terus mengikut arus,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata, tidak dinafikan terdapat sebahagian ahli akan cuba menentang tetapi jumlahnya kecil dan itulah realiti di dalam PKR pada masa ini.

“Tetapi apa yang berlaku di dalam PKR ini dipupuk oleh Rafizi sendiri sejak dahulu. Jadi orang fikir lebih baik menyokong Nurul Izzah untuk selamat kerana tak mahu dicop sebagai menentang Presiden atau pengkhianat parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Tian Chua yang dipecat daripada PKR menasihatkan supaya Rafizi meneri­ma apa jua keputusan parti dan berhenti mengheret rakyat terus dalam polemik politik PKR.

Pada masa sama, katanya, Rafizi tidak seharusnya mele­takkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika tewas kepada Nurul Izzah kerana tanggungjawab kepada rakyat lebih besar daripada tanggungjawab parti.

“Apa pun isu parti, itu hal dalaman, tak perlu heret pentadbiran negara kerana beliau bertanggungjawab kepada pengundinya dan rakyat Malaysia. Saya juga percaya Perdana Menteri sendiri tidak mahu Rafizi me­ninggalkan jawatannya,” katanya.

Selain bagi jawatan Timbalan Presiden, perebutan bagi empat jawatan Naib Presiden turut dijangka sengit apabila 12 calon menawarkan diri.

Pertandi­ngan dijang­ka sengit yang melibatkan beberapa pe­mimpin seperti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Ne­geri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun yang cuba mempertahankan jawatan itu.

Mereka akan menerima sai­ngan antaranya dalam kalangan muka baharu termasuk yang sering disebut oleh Rafizi dalam kempennya iaitu Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan

Persaingan bagi merebut 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) turut mencuri perhatian apabila 88 calon bertanding.

Bagi Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan, persaingan turut melibatkan ma­sing-masing 85 dan 62 calon bagi merebut jawatan Timbalan dan Naib Ketua serta MPP sayap berkenaan.

Kongres dan proses pemilihan bagi AMK diadakan di Berjaya Waterfront, manakala bagi Wanita Keadilan di Pusat Konvensyen Danga Bay di Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×