Sze Fei-Izzuddin mahu tawan Malaysia Masters

Sze Fei-Izzuddin mahu tawan Malaysia Masters

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-14, 16-21, 21-14 pada aksi pusingan kedua Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mahu membuktikan kewibawaan mereka dengan menjuarai kejohanan Malaysia Masters.

Kemenangan 21-16, 21-13 ke atas pasangan Perancis ranking ke-48 dunia, Eloi Adams-Leo Rossi pada aksi pembukaan kelmarin menjadi bukti keseriusan mereka.

Izzuddin menegaskan beliau bersama Sze Fei mahu menikmati perlawanan dihadapan penyokong sendiri, sekali gus menetapkan sasaran untuk menjulang kejuaraan kali ini.

“Sudah tentu ini salah satu sasaran kami untuk menang di laman sendiri, di hadapan penyokong yang menyokong tanpa henti. Tapi dalam masa sama, kami mahu nikmati permainan dan beri aksi terbaik.

“Persiapan fizikal dan mental amat penting, dan kami juga perlu tambah baik dari aspek pergerakan dan giliran (rotation) di gelanggang,” kata Izzuddin.

Pilihan kedua itu akan menentang wakil Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh (No. 38 dunia) di pusingan kedua hari ini di Axiata Arena, bukit Jalil.

Dalam pada itu, Sze Fei pula memilih untuk kekal fokus dan tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri walaupun sedar harapan peminat terhadap mereka sangat tinggi..

“Memang kami ada sasaran tapi kami tak mahu beri tekanan berlebihan kepada diri sendiri. Walaupun dah biasa bermain di laman sendiri, suasananya tetap berbeza setiap kali dan kami kena terus bekerja keras,” kata Sze Fei.

Untuk rekod, kali terakhir beregu lelaki negara menjulang kejuaraan Malaysia Masters adalah pada edisi 2013 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×