Tapisan ketat elak penipuan kelab bola sepak

Tapisan ketat elak penipuan kelab bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status 15 pasukan yang memohon Lesen Kebangsaan 2025-2026 masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini meskipun tarikh tutup penyerahan dokumen sudah tamat pada 10 Mei.

Berikutan itu, tanda tanya mengenai berapa pasukan bakal bertanding di Liga Super 2025/2026 masih menjadi persoalan dan jawapan itu hanya akan terjawab selepas Badan bebas First Instance Body (FIB) memberi jawapan.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata pihaknya masih melakukan proses semakan dan mengakui pihaknya memerlukan masa untuk memastikan dokumen berkenaan sahih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, dokumen berkenaan mempunyai banyak perkara yang perlu diteliti supaya tidak melakukan kesalahan seperti musim lalu.

“Badan bebas First Instance Body (FIB) ingin memaklumkan proses semakan dokumen yang dimuatnaik oleh semua kelab bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super 2025-2026 masih dijalankan.

“Jawatankuasa FIB memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan semakan dengan teliti terhadap 387 Dokumen dan ‘Entries’ daripada setiap kelab Liga Super manakala 98 Dokumen dan ‘Entries’ oleh kelab Liga A1 Semi-Pro yang telah dimuat naik sebelum tarikh tutup 10 Mei lalu.

“Dokumen dan ‘Entries’ berkenaan adalah melibatkan kriteria kewangan, perniagaan, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, sukan dan infrastruktur yang dimuat naik oleh setiap kelab dalam Sistem Pelesenan AFC CLAS,” katanya.

Justeru, Sheikh Mohd Nasir berharap semua pihak dapat bersabar dan pihaknya enggan tergesa-gesa membuat keputusan demi memastikan tiada kesilapan berlaku kelak.

“Selesai proses semakan semua dokumen berkenaan, pihak FIB akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×