Anggota FRU parah perlu rawatan rapi

Syed Irfan perlu rawatan rapi

KEADAAN trak FRU yang terlibat kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak Selasa lalu - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera parah di bahagian abdomen dan kepala telah selesai menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Koperal Syed Irfan Syed Mohamad dilaporkan stabil dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, anggota terbabit yang sebelum ini dirawat di zon merah Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan dikejarkan ke HRPB.

Katanya, mangsa memerlukan rawatan rapi ekoran kecederaan yang dialaminya.

 “Ketika kejadian, anggota terbabit duduk di bahagian belakang trak FRU. Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan dalaman dan kerosakan pada abdomen selain pendarahan di kepala.

“Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad ICU,” katanya di sini semalam.

Menurut Bakri, pihaknya akan merekodkan semua percakapan pihak yang terlibat dalam insiden itu termasuk anggota yang menyertai konvoi FRU dan pemilik lori muatan batu.

Katanya, setakat ini, seramai 60 saksi dalam kalangan anggota polis akan dirakam percakapan dalam masa terdekat.

“Bagi mengelakkan sia­satan bersifat bias saya menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×