PERISTIWA pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky terpaksa meninggalkan Rumah Putih di tengah-tengah perbincangan hangat dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump harus dijadikan iktibar kerana terdapat persamaan dengan situasi membangunkan semula Gaza.
Kebanyakan negara di dunia mahu tamatkan perang Gaza lebih awal, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dipanggil sebanyak empat kali untuk memutuskan perkara tersebut tetapi setiap kali terhalang oleh kuasa veto AS.
Pada Januari lalu, gencatan senjata dimeterai, namun perjanjian itu berat sebelah apabila Israel menggagalkannya dengan menebak orang awam dan menyekat kemasukan bantuan kemanusian ke Gaza.
Apabila Hamas bertindak balas mahu menangguh penyerahan tahanan, Trump terus memberi kata dua bahawa ‘pintu neraka’ akan pecah jika tidak diserahkan sebelum tarikh ditetapkan.
Dalam pada itu, tentera Israel terus menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sebelum itu, Benjamin Netanyahu berjumpa Kamala Harris dan Trump. Kemudian Trump membuat kenyataan politik dengan mengatakan, “bodohlah orang Yahudi jika memilih Kamala sebagai presiden kerana beliau tidak menyokong Israel”.
Kamala menyatakan AS akan terus menyokong Israel mempertahankan diri pada masa sama maruah penduduk Gaza harus dikembalikan menerusi penyelesaian dua hala.
Rancangan Trump untuk memiliki Gaza dan menjadikan riviera Asia Barat harus diteliti untuk mempertimbangkan kerjasama dengan AS antara Yahudi atau Nasrani.
Lagipun, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran lebih awal bahawa pemindahan penduduk Gaza merupakan pembersihan etnik.
Negara-negara Arab yang menyediakan dana sebanyak AS$53 bilion (RM227 bilion) untuk pembangunan semula Gaza.
Jika perancangan ini berjaya, usaha pemulihan Gaza boleh difokuskan kepada kemerdekaan rakyat Palestin.-UTUSAN
MOHAMED YUSOFF YAHYA
Batu Gajah, Perak










