Tubuh lelaki hancur dibaham singa peliharaan di Iraq

Tubuh lelaki hancur dibaham singa peliharaan di Iraq

AQIL Fakhr al-Din maut selepas dibaham singa peliharaan yang baru dibelinya dalam kejadian di Najaf, Iraq. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAJAF: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dibaham singa peliharaannya di halaman rumahnya hanya beberapa hari selepas membeli haiwan buas itu.

Mangsa, Aqil Fakhr al-Din, 50, diserang singa berkenaan pada Khamis lalu di kawasan perumahannya di Kufa, selatan Najaf, Iraq dengan sebahagian besar tubuhnya dimakan haiwan pemangsa itu sebelum ditemukan pihak berkuasa.

Jurucakap Polis Najaf, Mufid Tahir memaklumkan, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan dan membunuh singa tersebut selepas haiwan itu enggan beredar daripada mayat mangsa.

“Di sebuah taman di bandar Kufa, seorang lelaki diserang oleh seekor singa di halaman rumahnya dan meninggal dunia serta-merta.

“Singa berkenaan membaham sebahagian besar tubuh mangsa dan kerana ia enggan meninggalkan mayat, kami terpaksa menembaknya,” katanya kepada media tempatan, Rudaw.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Bandar Perubatan Al-Sadr di Najaf, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya.

Beberapa imej ngeri yang memaparkan tubuh mangsa berlumuran darah di atas katil hospital tular dalam media sosial, sekali gus mendorong pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian itu.

Gambar singa yang mati ditembak di halaman rumah mangsa turut dikongsi oleh pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×