Pembelian tiket feri melonjak menjelang LIMA’25

Pembelian tiket feri melonjak menjelang LIMA’25

SEBANYAK 100 perjalanan feri disediakan setiap hari sepanjang LIMA’25 yang akan bermula 20 hingga 24 Mei ini di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Pembelian tiket feri ke Langkawi bagi laluan Kuala Kedah dan Kuala Perlis melonjak secara mendadak sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada 20 hingga 24 Mei ini.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line), Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, setakat ini sejumlah 40,000 tiket terjual untuk perjalanan sepanjang tempoh tersebut bagi kedua-dua laluan berkenaan.

“Masih ada baki anggaran 10,000 tiket. Sekiranya permintaan itu menggalakkan, kita akan lanjutkan tempoh pengoperasian feri sehingga pukul 12 tengah malam untuk laluan Kuala Perlis ke Langkawi dan 10 malam di Kuala Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun orang ramai dinasihat membuat pembeli­an lebih awal bagi memastikan mereka memperoleh tiket perjalanan memandangkan sambutan tahun ini dilihat agak luar biasa,” katanya ketika membuat tinjauan di Terminal Feri Kuala Kedah dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya, bagi memenuhi permintaan luar jangka itu, konsortium turut menambah perjalanan feri sehingga 100 trip sepanjang LIMA’25.

“Orang ramai disarankan untuk membuat pembelian tiket secara dalam talian menerusi aplikasi Cuti-Cuti Langkawi dan menyemak jadual perjalanan terkini sebelum bertolak.

“Kita juga bersedia menambah slot perjalanan setiap jam sekiranya keperluan mendesak, selain menyediakan feri gantian sekiranya berlaku sebarang ke­rosakan teknikal. Sepanjang acara kita sediakan 12 perjalanan setiap hari di kedua-dua laluan bermula 7 pagi,” katanya.

Tambahnya, keselamatan turut diberi keutamaan dengan pematuhan terhadap semua peraturan Jabatan Laut termasuk penyediaan jaket keselamatan dan sistem lampu pandu arah.

“Feri kami melalui penyelenggaraan sewaktu musim rendah sebelum ini, dan hanya satu feri dibenarkan beroperasi dalam satu masa di satu pelabuhan untuk memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk.

“Penumpang turut dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka memandang trafik dijangka sesak di terminal feri tersebut sepanjang acara itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini