Kecerdasan buatan perlu jadi platform perpaduan

Kecerdasan buatan perlu jadi platform perpaduan

TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan memainkan peranan signifikan dalam mengekalkan keharmonian sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Jejak Harmoni Metasemesta dan Dialog Harmoni Tahun 2025 menjadi medan penting dalam memupuk kefahaman antara budaya dan memperkukuh perpaduan nasional.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan memainkan peranan signifikan dalam mengekalkan keharmonian sosial. Antaranya menerusi pemantauan sentimen masyarakat, pembangunan platform dialog maya serta pembelajaran sepanjang hayat yang menjangkau pelbagai lapisan rakyat.

Melalui AI, kita mampu mengesan potensi konflik lebih awal dan mengambil langkah intervensi. Lebih penting lagi, ia membantu memperluas akses kepada pendidikan mengenai kepelbagaian budaya.

Inisiatif strategik Program Dokumentari Jejak Harmoni 2024 mendapat sambutan hangat dan berjaya mempamerkan realiti keharmonian dalam komuniti pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Bagi menarik minat golongan muda khususnya Generasi Z dan Alfa, pendekatan baharu melalui kandungan digital kreatif seperti video pendek, permainan pendidikan, serta aplikasi interaktif berasaskan perpaduan dan budaya turut diperkenalkan.

Pentingnya kesedaran awam, daya tahan komuniti dan nilai-nilai Malaysia Madani seperti hormat, ihsan dan keyakinan sebagai teras kepada kestabilan sosial.

Dialog Harmoni ini bukan sekadar menyampaikan maklumat dasar kerajaan, tetapi juga membuka ruang rakyat menyuarakan pandangan dalam suasana penuh hormat dan toleransi.

Majlis disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, pemimpin komuniti, serta wakil masyarakat pelbagai latar belakang, mencerminkan semangat Harmoni dalam Kepelbagaian, yang menjadi tema utama program pada tahun ini.-UTUSAN

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×