MITI, Itali perkukuh kerjasama ekonomi hadapi cabaran global 

MITI, Itali perkukuh kerjasama ekonomi hadapi cabaran global 

LIEW Chin Tong (tiga dari kiri) bersama Valentino Valentini (kiri) bersama barisan wakil syarikat Generali selepas pelancaran ibu pejabat syarikat itu di sini, hari ini.-UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan dan Perdagangan (MITI) akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Perusahaan dan Made in Italy bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Itali. 

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, Malaysia mahu memperkukuh lebih banyak kerjasama antara negara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU). 

Ujarnya, pertemuan bersama Timbalan Menteri, Valentino Valentini ini penting bagi menghadapi cabaran besar akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. 

“Hubungan dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Itali serta antara ASEAN dan EU yang sangat penting,” katanya semasa majlis pelancaran ibu pejabat Menara Generali di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad merangkap Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia, Fabrice Benard, Duta Besar Itali, Massimo Rustic. 

Sementara itu, Pegawai Serantau Asia Generali, Roberto Leonardi berkata, pelancaran Menara Generali itu merupakan kemuncak perjalanan pertumbuhan dan pembangunan selama sedekad di Malaysia.

Menurutnya, ibu pejabat ini mencerminkan dedikasi syarikat terhadap inovasi, kelestarian serta usaha untuk mewujudkan suasana kerja yang menggalakkan kerjasama dan kecemerlangan. 

“Sepanjang tempoh berkenaan, perniagaan kami terus berkembang kukuh serta pasukan kami mencapai kejayaan yang layak dibanggakan dalam memulakan lembaran baharu ini. 

“Sebagai enjin pertumbuhan kumpulan, Asia memainkan peranan penting dalam masa depan Generali dan Malaysia merupakan bahagian yang tidak terpisahkan daripada sumbangan kami sebagai sebuah rantau

“Dengan pelancaran ini, ia akan menjadi kitaran dan pelan strategik baharu bagi kumpulan Generali,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×