Jualan tiket final Piala Malaysia rancak 

Jualan tiket final Piala Malaysia rancak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang, Sabtu ini pergerakkan lebih rancak pada minggu ini.

Situasi itu sekali gus membuktikan aksi itu tetap berlangsung meriah dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiket aksi panas itu sudah terjual lebih 60 peratus dan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata usaha berterusan menerusi kempen final Piala Malaysia di pelbagai platform memberi kesan positif terhadap penjualan tiket bagi perlawanan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penjualan tiket ada pergerakan positif daripada kedua-dua penyokong Sri Pahang dan JDT rentetan daripada hebahan  yang kita buat sejak kebelakangan ini.

“Malah, kita juga turut mengadakan cabutan bertuah dengan menyedia tiga motorsikal, skuter elektrik dan juga gajet kepada pembeli tiket secara atas talian.

“Oleh itu, kita menjangkakan jualan tiket akan mencapai 80 peratus menerusi gerakan daripada pihak MFL, media dan platform media sosial,”katanya, ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Terdahulu, terdapat laporan bahawa sambutan jualan tiket melibatkan aksi final Sri Pahang dan JDT agak suram.

Hanya berbaki dua hari saja lagi menyaksikan jualan tiket membabitkan penyokong Sri Pahang berjumlah kira-kira 13,000 berbanding lebih 30,000 diperuntukan untuk pasukan terbabit.

Perkara sama turut melanda juara 11 kali Piala Malaysia apabila jualan tiket sejak minggu lalu dikatakan agak perlahan sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa aksi final akan berlangsung dalam suasana sunyi kerana kurangnya penyokong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×