KEPUTUSAN
Fulham 1-2 Chelsea
Ipswich 0-4 Arsenal
Man United 0-1 Wolves
LONDON: Arsenal menangguhkan hasrat Liverpool untuk merangkul kejuaraan liga lebih awal selepas membenam Ipswich 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Leandro Trossard menjadi inspirasi untuk menghantar Ipswich ke zon penyingkiran apabila menjaringkan dua gol sebelum Gabriel Martinelli dan Ethan Nwaneri melengkapkan kemenangan Gunners.
Ipswich pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Leif David diarah keluar padang selepas mengasari Bukayo Saka.
Arsenal yang menghuni tangga kedua liga kini ketinggalan 10 mata di belakang Liverpool yang hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk menjulang gelaran liga kali ke-20.
Liverpool sepatutnya boleh meraih gelaran lebih awal jika Arsenal tewas kepada Ipswich, dan kemenangan Gunners bermakna The Reds terpaksa menunggu. – AFP/UTUSAN











