MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui skuad bimbingannya perlu memperbaiki prestasi di setiap sudut permainan selepas seri tanpa jaringan dalam pertembungan ‘derby’ menentang Manchester City di Stadium Etihad,semalam.
United masih terperosok di tangga ke-13 liga walaupun menampilkan aksi lebih baik dalam perlawanan yang berlangsung tanpa banyak peluang.
Namun, keputusan seri itu gagal membantu mereka mencatat kemenangan berganda ke atas City sejak musim 2019-2020.
Amorim berkata, pasukannya masih berada dalam fasa transisi dan perlu meningkatkan prestasi di semua posisi bagi memburu keputusan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya.
“Kami perlu memperbaiki terlalu banyak aspek dalam permainan. Dari segi pergerakan, transisi, dan penyudah di kawasan suku ketiga, semuanya perlu diperbaiki.
“Setiap pemain mempunyai kualiti tersendiri, mereka berada di sini kerana telah membuktikan kemampuan di kelab-kelab lain.
“Tetapi sebagai satu pasukan, kami masih dalam proses membentuk keserasian yang lebih baik,” katanya. – AGENSI/UTUSAN











