KJ beri bayangan kembali gelanggang politik?

KJ beri bayangan kembali gelanggang politik?

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Video raya terbaharu terbitan Keluar Sekejap mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kembali ke gelanggang politik.

Hal ini setelah video berkenaan menunjukkan Khairy menyebut ‘to where I belong’ atau ke tempat asal di sam­ping menunjukkan papan tanda bangunan Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC) dan Parlimen.

Bayangan itu sekali gus turut menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan pemerhati politik apabila Khairy secara tersirat mengenai masa depan politiknya.

Mengulas mengenai spekulasi yang kononnya Khairy telah menghantar borang keahlian menyertai semula UMNO melalui Bahagian Sungai Buloh, sebaliknya Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menafikan perkara tersebut.

“Kami di Sungai Buloh tidak menerima apa-apa borang kemasukan atau borang keahlian UMNO daripada Khairy Jamaluddin,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Sebaliknya, Megat Firdouz berkata, mesej yang disampaikan dalam video itu jelas menggambarkan bahawa Khairy masih mempunyai kesetiaan terhadap UMNO.

“Berkali-kali Khairy menyebut dalam Keluar Sekejap bahawa hatinya masih sayangkan UMNO,” katanya.

Khairy sebelum ini dipecat daripada UMNO dan hampir digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pernah menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak menutup pintu untuk kembali aktif dalam politik.

Namun, beliau masih belum mengumumkan sebarang keputusan rasmi mengenai halatuju politiknya.

Spekulasi mengenai kemunculan semula Khairy dalam UMNO dijangka terus menjadi perhatian menjelang pemilihan parti dan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×