Gulai kawah daging pekat memikat

Gulai kawah daging pekat memikat

Gulai kawah daging batang pinang membuka selera.-UTUSAN/ M.FIRDAUS JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Gulai kawah daging dengan kuah yang pekat jarang sekali tidak menggamit selera.
Daging yang lembut dan kuah yang pekat beraroma dipadankan pula nasi putih panas-panas memang mengancam.
Tidak hairanlah, hidangan ini sering menjadi tumpuan tetamu di majlis kenduri mahupun hari raya. Jom cuba resipi yang dikongsikan Cef Mageswaran Supramaniam dari Tasik Puteri Golf & Country Club.
Bahan-bahan: 
1 kilogram daging batang pinang (dipotong sederhana)
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Cili boh
3 helai daun salam
2 sudu besar rempah gulai kawah atau kari  daging
500 mililiter santan pekat
1 liter air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Kerisik (secukupnya)
Cara penyediaan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian, ketuk bahagian hujung serai.
2. Panaskan minyak dalam kawah atau periuk. Tumis bunga lawang, biji buah pelaga, bunga cengkih dan serai bersama bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan lima sudu besar cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan rempah gulai kawah atau kari daging, kacau hingga sebati dan naik bau wangi.
5. Masukkan daging batang pinang, kacau rata  dan masukkan air. Biarkan daging  masak sehingga empuk.
6. Masukkan santan, asam keping, serai, kerisik dan daun salam. Kemudian, perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
7. Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak, kacau sesekali supaya tidak hangus. Apabila gulai sudah cukup pekat dan rasa, boleh diangkat dan sedia untuk dihidang.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×