Sempena Hari Raya Aidilfitri, Seri membawakan koleksi resipi kuih raya istimewa yang boleh dicuba hasil perkongsian Rina Isnawati Iskandar. Selamat mencuba!
1. Almond matcha

Bahan-bahan:
250 gram mentega
100 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk matcha
280 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
¼ susu pekat
150 gram badam panggang
300 gram coklat putih masakan
1 sudu besar serbuk matcha
Badam cincang atau manik gula
Cara penyediaan:
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati (tidak perlu sampai kembang).Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga menjadi doh lembut.
Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan sebiji badam panggang di tengah. Bentukkan seperti bujur. Susun di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
Panaskan oven pada suhu 160 Celsius. Bakar selama 20 hingga 25 minit hingga keemasan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dicelup coklat.
Cairkan coklat putih menggunakan kaedah periuk berlapis (double boil). Campurkan serbuk matcha dan susu pekat, kacau hingga sekata.
Celup biskut yang sudah sejuk ke dalam coklat matcha cair. Angkat dan letakkan dalam cawan kertas kek.
Taburkan badam cincang atau manik gula sebagai hiasan atas. Biarkan coklat mengeras sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
2.Biskut kelapa

Bahan-bahan
200 gram mentega
100 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
100 gram kelapa parut (disangai terlebih dahulu)
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk penaik
Cara penyediaan:
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan bersama kelapa kering. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Canaikan doh dan buat bentuk biskut yang disukai.
Sapukan kuning telur dan taburkan kelapa kering di atas. Susun atas dulang pembakar yang dialas kertas pembakar.
Panaskan oven pada suhu 160 Celsius. Bakar selama 15 hingga 20 minit, hingga keemasan. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas.
3.Tart Cadbury

Bahan-bahan:
250 gram mentega
80 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
350 gram tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
Coklat Cadbury Dairy Milk Mini Bites secukupnya
Cara penyediaan:
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sehingga rata.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ke dalam acuan tart hingga memenuhi bentuk acuan yang panjang.
Susun Cadbury secara berjarak. Kemudian, picitkan lagi acuan bagi menutupi bahagian atas coklat.
Potong mengikut saiz coklat. Kemudian, alihkan dan letak di atas loyang yang telah disediakan kertas pembakar.
Bakar dalam oven pada suhu 150 Celsius selama 15 hingga 20 minit.
4. Biskut mazola
Bahan-bahan:
250 gram kacang tanah yang telah goreng tanpa minyak dan dikisar halus
250 gram tepung gandum
120 gram gula halus
½ sudu teh garam
120 mililiter minyak mazola
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
Sedikit bijan putih
Cara penyediaan:
Dalam mangkuk besar, campurkan kacang tanah kisar, tepung gandum, gula halus dan garam.
Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit sambil uli sehingga doh menjadi lembut dan boleh dibentuk.
Gunakan acuan biskut yang disukai. Kemudian susun atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.Sapu kuning telur di atasnya dan tabur sedikit bijan putih.
Panaskan oven pada suhu 160 Celsius. Bakar selama 20 ke 25 minit sehingga keemasan. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
5. Semperit coklat
250 gram mentega
100 gram susu pekat manis
300 gram tepung jagung (anggaran, tambah jika perlu)
50 gram susu tepung (pilihan jika mahu rasa lebih berlemak)
1 sudu teh esen vanilla (boleh ganti dengan esen susu atau esen pandan)
Pukul mentega dan susu pekat manis hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
Masukkan susu tepung dan sedikit demi sedikit tepung jagung sambil diuli hingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam acuan semperit. Picit atas dulang pembakar yang dialas kertas pembakar. Letak
hiasan atas dengan coklat cip atau hiasan lain.
Panaskan oven pada suhu 150 Celsius. Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga biskut masak tetapi masih putih kekuningan.

250 gram mentega
100 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
300 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
150 gram badam panggang
300 gram coklat masakan
1 sudu besar mentega atau marjerin
Badam cincang atau gula manik
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati.Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Kemudian masukkan serbuk tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga menjadi doh lembut.
Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan sebiji badam panggang di tengah. Bentukkan seperti bujur. Susun di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
Panaskan oven pada suhu 160 Celsius.Bakar selama 20 hingga 25 minit atau hingga keemasan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dicelup coklat.
Cairkan coklat masakan. Masukkan mentega atau marjerin untuk memberikan tekstur lebih berkilat.
Celup biskut yang sudah sejuk ke dalam coklat cair. Angkat dan letakkan di dalam cawan kertas kek.
Taburkan badam cincang atau hiasan pilihan sebelum coklat mengeras. Biarkan coklat mengeras sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

1 biji nanas yang sudah ranum diparut atau dikisar
100 gram gula pasir (ikut kemanisan yang diingini)
1 sudu kecil jus lemon (jika suka)
250 gram mentega
50 gram gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram keju parmesan (parut halus)
30 gram susu tepung
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
1 biji kuning telur
1 sudu kecil susu segar
Keju cheddar
Masukkan nanas yang dikisar ke dalam kuali bersama gula. Masak dengan api sederhana hingga kering dan pekat. Kacau selalu supaya tidak hangus.
Tambahkan jus lemon jika suka. Setelah pekat, sejukkan dahulu.
Pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati, tetapi jangan sampai gebu.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau rata.
Ayak tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, tepung kastard dan garam.
Masukkan ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Akhir sekali, masukkan keju parmesan dan gaul rata.
Giling acuan doh setebal 5 milimeter dan gunakan acuan tart nanas atau boleh digulung secara manual.
Letakkan inti nanas yang telah dibentuk tadi di tengah dan gulung. Sapu bahagian atas dengan campuran kuning telur. Taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar pada suhu 160 Celsius selama 20 ke 25 minit sehingga keemasan.
250 gram mentega
80 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
300 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
Jem strawberi
Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati dan sedikit kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Gaul hingga menjadi doh lembut.
Gunakan acuan yang bersesuaian untuk membuat bentuk biskut putaran. Kemudian tekan bahagian tengah.
Panaskan oven pada suhu 160 Celsius. Bakar biskut selama 15 hingga 18 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
Isikan jem strawberi ke dalam lekukan biskut yang telah sejuk.

1 atau 2 biji nanas masak dikisar
150 gram gula pasir
2 helai daun pandan
250 gram mentega
50 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
300 gram tepung gandum
50 gram tepung kastard
Masukkan nanas yang telah dikisar bersama gula dan daun pandan yang disimpulkan ke dalam kuali.
Masak dengan api sederhana, kacau selalu hingga air kering dan jem bertukar warna keperangan.
Apabila jem sudah pekat, sejukkan dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil untuk memudahkan proses membentuk tart.
Kemudian, pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau rata.
Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan susu tepung sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit tepung. Jika terlalu keras, tambah sedikit mentega.
Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan hingga doh keluar berbentuk jalur.
Letakkan sebiji jem nanas secara berjarak. Kemudian potong acuan dan gulung mengikut saiz jem.
Sapu permukaan tart dengan kuning telur.
Panaskan oven pada suhu 150 Celsius dan bakar selama 18 hingga 20 minit.
250 gram mentega
80 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
300 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
250 gram buah beri biru
80 gram gula pasir
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil tepung jagung
Masukkan beri biru dan gula pasir ke dalam periuk kecil. Masak dengan api sederhana sambil kacau hingga gula larut dan
buah beri mula pecah. Masukkan sedikit air.
Masukkan jus lemon
dan tepung jagung, kacau rata.
Jika mahukan jem yang lebih halus, boleh lenyekkan beri biru menggunakan spatula atau sudu.
Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati dan sedikit kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Gaul hingga menjadi doh lembut.
Gunakan acuan yang bersesuaian untuk membuat bentuk biskut berbentuk putaran. Kemudian tekan bahagian tengah.
Panaskan oven pada suhu 160 Celsius .Bakar biskut selama 15 hingga 18 minit.Keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
Isikan jem beri biru ke dalam lekukan biskut yang telah sejuk.-UTUSANhttp://utusan.com.my










