Tuchel perlu buktikan layak bimbing England

Tuchel perlu buktikan layak bimbing England

Penyerang skuad England, Morgan Rogers (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan di St George’s Park, Burton-on-Trent, kelmarin sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Albania, esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Thomas Tuchel perlu membawa skuad England menjulang Piala Dunia tahun depan bagi membuktikan pemilihannya sebagai ketua jurulatih adalah tepat.

Bekas pengendali Tottenham, Harry Redknapp berkata, Tuchel, yang diberikan kontrak 18 bulan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris, bukan pilihan utamanya tetapi dia mewarisi skuad yang diimpikan seluruh dunia.

Pengendali dari Jerman itu menjadi ketua jurulatih ketiga dari luar membimbing England selepas dia dilantik menggantikan Gareth Southgate yang melepaskan jawatan tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuchel akan mengharungi perlawanan pertamanya menentang Albania di Stadium Wembley esok, dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan ia pas­tinya akan menjadi detik istimewa buatnya.

“Ia situasi yang janggal sebenarnya. Saya dengar (bekas penjaga gol Arsenal) Jens Lehmann pagi ini berkata, dapatkan anda bayangkan Jerman mempunyai pengendali dari England? Ia mustahil.

“Ketika kita mempunyai (pengendali dari Itali, Fabio) Capello, dia banyak kejayaan, Liga Juara-Juara, Milan, di mana saja dia berada. Dia seorang ikon. Tuchel pernah di sini, agak baik,” kata Redknapp.

Tuchel, 51, memenangi ge­laran liga bersama Paris Saint-Germain (PSG), Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Bundesliga di Bayern Munich tetapi ini adalah tugasan pertamanya bersama skuad kebangsaan.

Kempen kelayakan Piala Dunia England bermula menentang Albania sebelum mereka melayan kunjungan Latvia pada Isnin dan bagi Redknapp ia adalah ujian kecil buat Tuchel.

“Sukar untuk menilainya sekarang. Dia memilih skuad untuk bermain menentang dua pasukan lemah. Saya tidak berminat untuk menonton perlawanan itu.

“Apa yang kita dapat daripada melihat kita membelasah Latvia 5-0 atau 6-0? Apa yang dapat dipelajari tentang pemain-pemain? Ia sukar, sehingga kita berada dalam saingan.

“Dia perlu memenangi sesuatu untuk dianggap berjaya. Southgate membawa kita sejauh ini. Dia mempunyai peluang, skuad yang hebat, kumpulan pemain-pemain berbakat.

“Anda tidak akan menukar­nya untuk sesiapa. Jadi dia ada semuanya untuk memenangi trofi,” katanya.

Redknapp, yang sering terlepas peluang untuk membim­bing England berkata, dia lebih sukakan jurulatih Inggeris untuk jawatan itu, tetapi merasakan hanya pengendali Newcastle, Eddie Howe yang layak ketika ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×