Muka lama barisi Harimau Malaya

Muka lama barisi Harimau Malaya

Peter Cklamovski (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend. UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad baharu Harimau Malaya membariskan pemain yang hampir sama sebelum ini selain akan mengumumkan status pemain baharu warisan dalam seminggu lagi.

Berdasarkan 27 pemain diumumkan semalam, majoriti adalah muka sama ketika di bawah era pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon dan anak tempatan, Tan Cheng Hoe di samping menyenaraikan semula pemain Selangor, Faisal Halim.

Pengendali skuad negara, Peter Clamovski dalam sidang media pertamanya sejak dilantik Januari lalu mengakui proses mendapatkan pemain warisan dalam peringkat terakhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sekurang-kurangnya tiga pemain warisan bakal diumumkan pada minggu hadapan sekali gus akan menoktahkan segala teka teki mengenai tonggak berkenaan.

“Proses buat pemain warisan kini dalam peringkat terakhir, saya rasa khabar positif akan tiba minggu hadapan untuk tiga orang pemain. Pemain warisan ini kini di dalam proses terakhir (sebelum bersama pasukan).

“Saya tidak terabit secara langsung dalam proses dokumentasi, tetapi apa yang saya difahamkan proses mendapatkan kelulusan kini dalam peringkat terakhir di pihak kerajaan. Justeru, pasukan negara akan membuat satu pengumuman lain mengenai perkara itu pada minggu hadapan dan ia akan dimaklumkan nanti.

“Saya rasa untuk kem latihan kali ini, ada tiga orang pemain maksimum (yang akan sertai) dan diikuti dengan yang lain,” katanya pada majlis pengumuman senarai nama barisan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 24 Januari lalu telah memaklumkan lapan pemain warisan dalam proses mendapatkan pasport dengan empat sudah di peringkat akhir.

Ketika ditanya mengenai senarai pemain dipilih, Cklamovski mengakui rata-rata pemain disenaraikan adalah tonggak yang beraksi di liga tempatan selepas beliau meninjau setiap perlawanan dan meneliti rakaman video.

“Kami melakukan pemantauan di seluruh negara dalam setiap perlawanan dan juga hadir ke sesi Latihan bersama kelab mereka. Banyak perkara yang perlu dilakukan dengan dunia bola sepak yang semakin moden.

“Banyak potensi yang ada namun masih banyak juga perkara yang perlu dipertingkatkan. Bagi saya kalau kita dapat bersatu dengan kelab, organisasi bola sepak, media dan semua orang untuk bersama pasukan,” katanya.

Skuad negara akan memulakan latihan pusat pada Isnin depan bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×