Malaysia sasar lapan terbaik Piala Asia

Malaysia sasar lapan terbaik Piala Asia

Rosmadi Ismail (belakang, sembilan dari kiri) bersama pasukan bola sepak pantai kebangsaan yang menjalani latihan di Terengganu sebagai persiapan ke Piala Asia 2025 di Pattaya, Thailand. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola sepak pantai kebangsaan menyasarkan kedudukan lapan terbaik dalam Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 di Pattaya, Thailand bermula 21 Mac ini.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, sasaran tersebut realistik memandang saingan dalam kala­ngan pasukan terdiri daripada jaguh-jaguh Asia.

“Kita menyasarkan untuk berada di kedudukan lapan pasukan terbaik, pemilihan 25 pemain kali ini melibatkan pemain lama dan pemain baharu, jurulatih juga berpuas hati dengan semangat dan komitmen pemain yang ditunjukan latihan dalam bulan Ramadan.

“Persaingan dalam Kumpulan D agak kuat dengan Bahrain dan Oman turut berada dalam kumpulan sama, tetapi fokus utama jurulatih adalah aksi pertama menentang Bahrain dan kita wajib menang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Skuad bola sepak pantai kebangsaan kendalian Mohd. Saiful Md Noor ketika ini meneruskan sesi latihan pusat di Kuala Terengganu, sebagai persiapan sebelum turun berdepan Bahain dalam aksi pertama pada 21 Mac ini.

“Kita sedang melakukan persiapan selama dua minggu bagi menghadapi Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 di Pattaya, Thailand bermula 21 Mac ini. Semangat para pemain amat tinggi dan bersedia untuk menghadapi kejohanan kali ini.

“Pemain yang dipilih juga memiliki pengalaman dua ke tiga kali beraksi di pentas Asia, digabungkan dengan barisan pemain muda yang turut mendapat panggilan.

“Para pemain juga sudah menunjukkan keserasian dan barisan kejurulatihan tiada masalah untuk membentuk sistem permainan sungguhpun dalam masa yang singkat,” kata Mohd. Saiful.

Selain Bahrain dan Oman, turut diundi dalam Kumpulan D bersama Malaysia ialah Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×