Britain siasat TikTok, Reddit berkait privasi kanak-kanak

Britain siasat TikTok, Reddit berkait privasi kanak-kanak

– GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) Britain melancarkan siasatan terhadap cara TikTok, Reddit dan laman web perkongsian imej dalam talian Imgur dalam melindungi privasi kanak-kanak.

Syarikat media sosial menggunakan algoritma yang kompleks untuk mengutamakan kandungan dan memastikan pengguna terus terlibat.

Namun, mekanisme itu juga boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada jumlah bahan berbahaya yang semakin meningkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

ICO berkata, siasatan sedang dijalankan terhadap bagaimana platform perkongsian video pendek milik ByteDance, TikTok, menggunakan maklumat peribadi remaja berusia 13 hingga 17 tahun bagi mencadangkan kandungan dalam hantaran mereka.

Sementara itu, Reddit dan Imgur sedang disiasat berhubung cara mereka menilai umur pengguna kanak-kanak di platform masing-masing.

“Jika kita mendapati ada bukti mencukupi bahawa mana-mana syarikat ini melanggar undang-undang, kita akan mengemukakan perkara itu kepada mereka dan mendapatkan penjelasan sebelum membuat keputusan akhir,” kata ICO dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Britain meluluskan undang-undang yang menetapkan peraturan lebih ketat untuk platform media sosial, termasuk kewajiban menghalang kanak-kanak daripada mengakses kandungan berbahaya dan tidak sesuai dengan usia dengan menguatkuasakan had umur serta langkah semakan.

Platform media sosial, termasuk Facebook, Instagram dan TikTok, dikehendaki ‘menjinakkan’ algoritma mereka untuk menapis atau menurunkan kandungan berbahaya demi melindungi kanak-kanak di bawah cadangan langkah British yang diterbitkan pada 2024.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN