China tingkat provokasi, 45 pesawat dikesan berdekatan Taiwan

China tingkat provokasi, 45 pesawat dikesan berdekatan Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan mengesan sebanyak 45 pesawat tentera China berada berhampiran pulau itu, jumlah tertinggi yang dicatatkan tahun ini.

Provokasi itu dibuat sehari selepas Taipei mengecam latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup di selatan wilayahnya.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, 45 pesawat tentera dan 14 kapal perang China dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 6 pagi (waktu tempatan) semalam.

China secara berterusan menuntut Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk membawa pulau itu di bawah kawalannya.

Taipei pada Rabu lalu menyatakan China telah menjalankan latihan tembakan peluru hidup tanpa sebarang amaran di kawasan kira-kira 74 kilometer di selatan pulau tersebut.

Taiwan menyifatkan tindakan Beijing itu sebagai berbahaya dan melanggar norma antarabangsa.

Kementerian Luar Taiwan mengecam tindakan Beijing sebagai provokasi yang membahayakan penerbangan komersial dan laluan perkapalan.

“China merupakan pembuat masalah terbesar di rantau ini,” tegas kementerian tersebut.

Kementerian itu turut menggesa masyarakat antarabangsa memantau situasi di Selat Taiwan dan mengutuk tindakan unilateral China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap Taiwan dengan menghantar pesawat pejuang dan kapal perang ke sekitar perairan pulau tersebut dalam usaha menegaskan tuntutan kedaulatannya yang ditolak keras oleh Taipei. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×