Musim malang buat Martin  

Musim malang buat Martin  

Jorge Martin terjatuh semasa ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, awal Februari lalu. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin disahkan tidak akan beraksi pada Grand Prix (GP) Thailand hujung minggu ini selepas pelumba itu mendapat kecederaan baharu ketika berlatih, kelmarin, kata Aprilia.

Martin telah mengalami permulaan musim 2025 yang sukar selepas mengalami kemalangan teruk pada hari pertama ujian di Sepang.

Dia mengalami patah beberapa patah tulang dan terpaksa terlepas baki pra musim setelah menjalani pembedahan beberapa hari selepas kemalangan tersebut.

Aprilia berharap Martin akan pulih tepat pada masanya untuk perlumbaan pembukaan musim di Buriram hujung minggu ini namun, harapan tersebut musnah selepas Martin patah tangan kiri ketika berlatih kelmarin, sebelum berlepas ke Thailand. 

Martin akan menjalani pembedahan untuk kecederaan terbarunya dan akan terlepas beberapa perlumbaan yang tidak ditentukan, sementara jangka masa pemulihan akan ditetapkan.

“Jorge Martin mengalami patah pada tulang radius, beberapa tulang di bahagian pergelangan tangan kiri semasa sesi latihan.

“Selepas konsultasi pembedahan, keputusan telah diambil untuk menjalankan pembedahan, yang akan dilakukan esok (semalam) di Klinik Dexeus di Barcelona untuk menstabilkan terhadap kecederaan yang dialami.

“Martin akan terlepas GP Thailand dan tempoh pemulihan akan ditentukan selepas pembedahan. Lorenzo Savadori akan menggantikan Martin di Thailand,” kata Aprilia dalam satu kenyataan.

Ketiadaan Martin pada pusingan pembukaan musim ini menandakan kali pertama seorang juara bertahan tidak memulakan musim berikutnya sejak Freddie Spencer pada 1984.

Pelumba dari Sepanyol itu mencipta sejarah tahun lalu apabila menjadi penunggang pertama bagi pasukan bebas dalam era moden untuk memenangi gelaran dunia. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×